Pintu Alaska Airlines tercabut dikeluarkan syarikat Malaysia

Keadaan pesawat Boeing BA 737 MAX 9 selepas palam pintunya tercabut. - Agensi
Keadaan pesawat Boeing BA 737 MAX 9 selepas palam pintunya tercabut. - Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengesahkan pintu Boeing 737 MAX 9 milik Alaska Airlines yang tercabut hingga menyebabkan pesawat itu melakukan pendaratan cemas di Portland, Oregon, Amerika Syarikat pada awal bulan ini dikeluarkan di Malaysia.

Menurut laporan Wall Street Journal, Pengerusi NTSB, Jennifer Homendy berkata, pintu itu dikeluarkan oleh Spirit AeroSystems di Malaysia sebelum dihantar ke pembekal Boeing di Wichita, Kansas.

Menurut Homendy, siasatan NTSB juga akan menyelidik maklumat berkaitan pengeluaran, pengangkutan, pemasangan serta pemeriksaan kualiti sepanjang proses itu.

"Buat masa ini, kami tidak mempunyai petunjuk di mana dalam proses ini ia terjadi. Ia (kesilapan) boleh berlaku di mana sahaja sepanjang proses dan kami tidak hanya menumpukan pada pengeluaran," katanya.

NTSB mengesahkan palam pintu pesawat Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut baru-baru ini merupakan buatan Malaysia. - Agensi
NTSB mengesahkan palam pintu pesawat Boeing BA 737 MAX 9 yang tercabut baru-baru ini merupakan buatan Malaysia. - Agensi

Minggu lalu, portal berita Oregon Public Broadcasting (OPB) melaporkan, seorang guru sekolah di Portland menemui pintu pesawat yang tercabut di halaman belakang rumahnya.

OPB melaporkan bahawa Bob Sauer turut melihat nombor siri pintu dan maklumat pengeluaran lain, seperti 'Made in Malaysia' yang kelihatan ditulis dengan tangan menggunakan pen dakwat kekal.

Pada Khamis, empat penumpang menyaman Alaska Airlines dan Boeing kerana pengalaman ngeri yang mereka alami selepas palam pintu terputus semasa dalam penerbangan, lapor ABC News.

Artikel Berkaitan:

Palam pintu untuk fiuslaj Boeing 737 Max 9 tertanggal beberapa minit selepas penerbangan 1282 Alaska Airlines berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Portland pada 5 Januari.

Bagaimanapun, tiada penumpang yang mengalami kecederaan parah dan pesawat itu melakukan pendaratan cemas dengan selamat. - Agensi