Sila log masuk terlebih dahulu.

Sultan Kelantan tarik balik darjah kebesaran Mohammad Agus

18 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 18 JANUARI 2024

Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V perkenan Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DPSK) kepada bekas Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, ditarik balik berkuat kuasa 2 Disember lalu.

Menerusi warta bertarikh 28 Disember lalu yang mula tular sejak pagi tadi memaklumkan, Mohammad Agus dikurniakan darjah kebesaran berkenaan pada 12 November 2011.

Melalu warta tersebut, Sultan Muhammad V, adalah dimaklumkan bahawa baginda perkenan menarik balik Tauliah Pelantikan Ahli Yang Kedua (Dato' Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (DSPK) yang dianugerahkan kepada Mohammad Agus sebelum ini.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #TarikGelaran #Agus