Sila log masuk terlebih dahulu.

Remaja 17 tahun didakwa bunuh warga emas

17 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 17 JANUARI 2024

Seorang remaja bawah umur dihadapkan ke Mahkamah Majistret Seremban pada Rabu atas pertuduhan membunuh seorang warga emas awal Januari lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh yang berusia 17 tahun itu hanya mengangguk faham terhadap pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Syed Farid Syed Ali, namun tiada pengakuan direkodkan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh telah melakukan perbuatan membunuh Muhammad Zahid Nagappan, 74, di sebuah rumah di Kampung Pasir, Jalan Siliau, Rantau di Seremban.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644802/berita/semasa/remaja-17-tahun-didakwa-bunuh-warga-emas

Muzik: www.bensound.com