Great Britain terlalu kuat buat Speedy Tigers

Pemain-pemain Speedy Tigers berusaha mengekang kemaraan jentera gol Great Britain di Muscat. Foto: MHC
Pemain-pemain Speedy Tigers berusaha mengekang kemaraan jentera gol Great Britain di Muscat. Foto: MHC
A
A
A

HASRAT skuad hoki negara, The Speedy Tigers untuk bangkit mencipta kemenangan dalam perlawanan kedua Kumpulan A Kelayakan Sukan Olimpik Paris 2024 tidak kesampaian pada Rabu.

Sebaliknya angkatan Arul Selvaraj tunduk kepada Great Britain pasukan paling kuat kumpulan apabila tewas 1-4 dalam perlawanan di Muscat, Oman.

Tampil dengan misi tiga mata yang sebelum ini, Speedy Tigers memulakan kempen dengan tewas 2-3 kepada China pada Selasa terlebih dulu ketinggalan hasil jaringan pukulan sudut penalti Will Calnan, pada minit ke-19.

Skuad negara kembali bangkit menyamakan kedudukan pada minit ke-26, selepas Muhammad Shahril Saabah menyempurnakan pukulan sudut penalti minit ke-26 untuk kedudukan 1-1 pada separuh masa pertama.

Bagaimanapun Great Britain kembali memimpin perlawanan pada suku ketiga menerusi jaringan pukulan sudut penalti, Sam Ward pada minit ke-32 untuk kedudukan 2-1.

Zachary Wallace kemudiannya menjadikan kedudukan 3-1 selepas melakukan jaringan padang pada minit ke-39 sebelum Ward menambah gol buat Great Britain dalam minit ke-58 menewaskan Muhammad Hafizuddin Othman.

Keputusan itu, menyaksikan Great Britain menjadi pasukan pertama mengesahkan kemaraan ke separuh akhir.

Speedy Tigers pula akan berdepan Pakistan, pasukan meningkat naik dalam perlawanan terakhir kumpulan pada awal pagi Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Pakistan yang dibelasah Great Britain, 1-6 dalam perlawanan pertama bangkit mengatasi China, 2-0 bagi menghidupkan kembali peluang pasukan tersebut ke temasya terbesar sukan dunia berkenaan.