Iran mansuh tarif eksport safron

Gambar hiasan. Foto 123RF
Gambar hiasan. Foto 123RF
A
A
A

TEHRAN - Naib Presiden Pertama Iran, Mohammad Mokhber pada Selasa telah mengeluarkan dekri yang mengarahkan pemansuhan tarif ke atas eksport safron.

Dekri itu dikeluarkan kepada Kementerian Pertanian Jihad; Kementerian Perindustrian, Perlombongan dan Perdagangan serta Kementerian Kewangan.

Di bawah dekri itu, kementerian terlibat diarahkan untuk mengecualikan safron daripada senarai barangan eksport yang dikenakan cukai sebanyak 0.5 peratus, lapor Agensi Berita Iran (IRNA).

Safron merupakan satu daripada produk eksport penting Iran.

Iran berhasrat meningkatkan penghantaran produk itu ke luar negara dengan melonggarkan sekatan ke atas pengeksport. - Bernama-IRNA

Artikel Berkaitan: