Tempoh proses kemasukan pekerja asing dipendekkan

Saifuddin (kiri) dan Menteri Sumbar Manusia, Steven Sim Chee Keong pada sidang media selepsa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Kerja Asing Kali Ke 10, di Kementerian Dalam Negeri Putrajaya pada Selasa. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
Saifuddin (kiri) dan Menteri Sumbar Manusia, Steven Sim Chee Keong pada sidang media selepsa Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia Mengenai Pengurusan Kerja Asing Kali Ke 10, di Kementerian Dalam Negeri Putrajaya pada Selasa. Foto Sinar Harian-ROSLI TALIB
A
A
A

PUTRAJAYA - Kerajaan bersetuju memendekkan tempoh masa bagi proses kemasukan pekerja warga asing ke Malaysia di masa akan datang.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pengurangan sehingga 46 peratus daripada tempoh sebelum ini bersesuaian dengan kemampuan majikan untuk menyelesaikan keperluan permohonan.

"Amalan sebelum ini bermula daripada permohonan kuota sehingga proses kemasukan dilakukan, melalui pelbagai peringkat dan memakan masa 29 bulan 13 hari.

"Hari ini keputusan mesyuarat bersetuju dengan syor tempoh itu dipendekkan kepada 15 bulan 23 hari, pengurangan yang signifikan sehingga 46 peratus," katanya pada Selasa.

Belia berkata demikian pada sidang akhbar selepas Mesyuarat Jawantankuasa Bersama Antara Menteri Dalam Negeri dan Menteri Sumber Manusia mengenai Pengurusan Pekerja Asing kali ke-10 di sini.

Dalam pada itu Saifuddin menjelaskan, pengurangan tempoh itu turut mengambil kira kecekapan 70 peratus majikan yang menyelesaikan bayaran levi dalam tempoh 15 hari berbanding 30 hari yang diperuntukkan.

Oleh yang demikian jelasnya, Jabatan Imigresen boleh mengeluarkan pas lawatan kerja sementara dalam tempoh antara satu hingga 15 hari selepas semua proses diluluskan.


Sementara itu ditanya mengenai penguatkuasaan keputusan tersebut, Saifuddin memaklumkan, ia akan dilaksanakan selepas pembukaan semula kuota kemasukan warga asing dilakukan.

Artikel Berkaitan:

"Sejak 17 Mac tahun lalu, KSM (Kementerian Sumber Manusi) telah membekukan kemasukan pekerja asing dan masih kekal sehingga sekarang.

"Perkara ini akan dikuat kuasa sehingga satu keputusan baharu dibuat mengenai pembukaan semula kuota," jelasnya.