Denmark kekal mahkota perseorangan lelaki

Antonsen menjuarai perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama
Antonsen menjuarai perseorangan lelaki Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama
A
A
A

DENMARK mengekalkan mahkota perseorangan lelaki Terbuka Malaysia hari ini selepas Anders Antonsen muncul juara, selepas juara bertahan Viktor Axelsen terkandas di separuh akhir semalam.

Antonsen, pemain di ranking kesembilan dunia, menewaskan Shi Yu Qi dari China dalam pertarungan mudah 21-14, 21-13 dalam perlawanan akhir di Axiata Arena, Bukit Jalil, yang merupakan satu kemenangan besar dalam kerjaya badmintonnya.

Kemenangan terbesar Antonsen sebelum ini ialah memenangi gelaran Jelajah Akhir Dunia 2020, yang juga merupakan kejohanan Super 1000, menewaskan rakan senegara Axelsen, selain satu pingat perak dan dua gangsa dalam Kejohanan Dunia.

Juara Terbuka Malaysia membawa pulang pingat, piala dan hadiah wang tunai AS$91,000 (kira-kira RM422,877), manakala Yu Qi menerima AS$44,200 (kira-kira RM205,397) berserta pingat dan piala.

Bercakap kepada pemberita, Antonsen menyifatkan kejayaan diraih hari ini merupakan detik bersejarah dalam hidupnya.

Reaksi Antonsen selepas menentang pemain China, Shi Yu Qi pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama
Reaksi Antonsen selepas menentang pemain China, Shi Yu Qi pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama

"Perasaan yang luar biasa, saya masih terkejut. Set pertama berlangsung sangat baik tapi set kedua penuh dengan debaran, bukan yang terbaik, saya juga bukan dalam keadaan terbaik ketika itu dan rasa terlalu lama untuk menamatkan perlawanan.

"Saya tidak sangka (menang mudah) dengan lawan sebegini. Ternyata ia merupakan perlawanan sukar buat beliau di set kedua dengan gangguan angin, jadi penting untuk saya menguasai set pertama,” katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengenai sambutan bagi meraikan kejayaannya, Antonsen berkata, beliau akan menikmati ‘makan besar’ pada malam ini kemungkinan menjamu selera dengan burger, piza, santapan mewah atau mencari makanan tempatan.

Antonsen mara ke final selepas mengetepikan wakil Taiwan, Lin Chun Yi 21-16, 21-17 manakala Yu Qi menyingkirkan Axelsen 21-12, 19-21, 21-17 dalam aksi separuh akhir semalam.

Yu Qi ketika menentang Antonsen pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama
Yu Qi ketika menentang Antonsen pada perlawanan akhir Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Ahad. Foto Bernama

Sementara itu, Yu Qi mengakui pemain Denmark itu bermain dengan lebih baik berbanding dirinya.

"Antonsen melakukan persiapan lebih baik dari saya. Beliau juga mempunyai kemahiran dan taktik yang baik,” katanya. - Bernama