Sila log masuk terlebih dahulu.

300 pekerja pembinaan tinggal sehelai sepinggang

13 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 13 JANUARI 2024

Kira-kira 300 pekerja pembinaan tinggal sehelai sepinggang selepas lima blok rumah terbakar dalam kejadian di Jalan Penampang, Bandar Baru Penampang di sini pada Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, kesemua blok masing-masing yang mempunyai 10 pintu musnah sepenuhnya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang, Zeno Tinggalan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 4.52 petang.

Zeno berkata, seramai 14 anggotanya bersama sembilan anggota BBP Kota Kinabalu dikejar ke lokasi yang terletak sejauh empat kilometer dari BBP Penampang.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644209/berita/semasa/300-pekerja-pembinaan-tinggal-sehelai-sepinggang

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Terbakar #Kebakaran