Sila log masuk terlebih dahulu.

Mangsa banjir gembira pulang ke rumah, namun khuatir banjir berulang

12 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 12 JANUARI 2024

Mangsa banjir khususnya dari Kampung Sungai Tiram, Ulu Tiram, yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPPS) Dewan Sungai Tiram dan SK Sungai Tiram, gembira apabila dapat pulang ke rumah masing-masing setelah PPS berkenaan ditutup secara rasmi pada jam 10 pagi Jumaat, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Bagaimanapun tinjauan Sinar Harian mendapati mangsa-mangsa banjir berkenaan turut bimbang jika insiden banjir tersebut berulang susulan hujan yang tidak berhenti sehingga lewat petang Jumaat.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/644072/edisi/johor/penduduk-khuatir-banjir-berulang

Muzik: Elevate dari www.bensound.com