Sila log masuk terlebih dahulu.

'Teman India Perak, bukannya Melayu'

11 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 11 JANUARI 2024

Perkara biasa di negara ini jika melihat bangsa lain fasih berbahasa Melayu, tetapi V Seriram, 43, pula bukan sahaja mampu berbahasa Melayu dengan baik, tetapi juga lancar bercakap loghat negeri Perak.

Disebabkan itu ada yang menyangka anak jati Perak berkenaan merupakan orang Melayu sedangkan dia adalah kaum India 'tulen'.

Menurutnya, membesar di persekitaran perkampungan Melayu di Kampung Dobi, Pekan Lama Batu Gajah, Perak sejak berusia dua tahun menyebabkan dia sudah terbiasa dengan dialek tersebut.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643762/edisi/melaka-ns/teman-india-perak-bukannya-melayu

#SinarHarian #BeritaSemasa #Perak #India