Warga emas usia 77 tahun rempuh stesen minyak

Tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian kereta dipandu warga emas melanggar stesen minyak hingga menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan. Foto ihsan pembaca
Tangkap layar kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan kejadian kereta dipandu warga emas melanggar stesen minyak hingga menyebabkan seorang wanita mengalami kecederaan. Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Seorang wanita cedera di kaki kanan selepas sebuah kereta yang dipandu lelaki warga emas tiba-tiba merempuh sebuah stesen minyak di Taman Canning di sini pada Selasa.

Kejadian sekitar jam 10.30 pagi itu berlaku ketika mangsa dianggarkan berusia 30-an berada di kaunter syarikat perkhidmatan pengiriman pos dalam premis berkenaan.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kereta Perodua Myvi dipandu warga Switzerland berusia 77 tahun itu turut melanggar sebuah motosikal milik pemandu kurier yang sedang parkir.

"Siasatan awal mendapati warga emas terbabit sedang membetulkan kenderaan untuk mengisi minyak di salah sebuah pam.

Kereta dipandu warga emas merempuh stesen minyak di Taman Canning, Ipoh selepas mengalami kekejangan kaki. Foto ihsan pembaca
Kereta dipandu warga emas merempuh stesen minyak di Taman Canning, Ipoh selepas mengalami kekejangan kaki. Foto ihsan pembaca

"Dia bagaimanapun mengalami kekejangan di kaki kanan menyebabkan kenderaannya terbabas ke hadapan dan merempuh dinding kaca premis berkenaan," katanya.

Menurut beliau, siasatan dijalankan mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

Artikel Berkaitan: