Sila log masuk terlebih dahulu.

Gajah liar ganggu penduduk RPS Legap dipindahkan ke Hutan Simpan Belum

08 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 8 JANUARI 2024

Seekor gajah liar yang dilaporkan mengganggu penduduk Orang Asli di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Legap dekat Lintang, Sungai Siput sejak sebulan lalu berjaya dipindahkan ke habitat asalnya.

Gajah jantan berusia 11 hingga 12 tahun yang dianggarkan seberat 1.8 tan dipercayai disisih dari kumpulannya sebelum ditangkap oleh Unit Tangkapan Gajah, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak, Khamis lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643280/edisi/perak/aga-legap-ganggu-penduduk-dipindahkan

#SinarHarian #BeritaSemasa #GajahLiar #Perak