456 mangsa banjir Johor berlindung di 10 PPS

Anggota APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM
Anggota APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jumlah mangsa banjir di negeri ini meningkat semula apabila seramai 456 penduduk ditempatkan di 10 pusat pemindahan sementara (PPS) selepas hujan lebat berterusan sejak awal pagi Ahad.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata, jumlah itu meningkat berbanding 338 penduduk yang ditempatkan di tujuh PPS pada jam 10 malam Sabtu.

Anggota tentera dan APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM
Anggota tentera dan APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM

"Semua mangsa banjir itu terdiri daripada 125 keluarga di empat daerah iaitu Kota Tinggi, Kluang, Mersing dan Segamat.

"Kota Tinggi antara daerah paling terjejas ketika ini dengan seramai 229 mangsa dipindahkan ke tujuh PPS, diikuti Mersing dengan seramai 123 mangsa di sebuah PPS.

"Di Kluang menyaksikan seramai 84 mangsa ditempatkan di sebuah PPS dan Segamat pula merekodkan 20 mangsa di sebuah PPS, setakat jam 12 tengah hari ini," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Anggota APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM
Anggota APM membantu mangsa banjir di Kampung Tersusun, Kampung Seri Delima dan Kampung Seri Jaya, Johor Bahru berpindah pada Ahad. Foto ihsan APM

Azmi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Johor berkata, setakat ini banjir di negeri ini tidak merekodkan sebarang kecederaan atau kematian mangsa.

Artikel Berkaitan:

"Sementara itu, Jabatan Meteorologi telah mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di seluruh negeri ini sepanjang hari ini.

"Tiga sungai di negeri ini telah mencapai paras air berbahaya iaitu Sungai Kahang di Kampung Contoh, Kluang; Sungai Kepala Orang di Kampung Jaya, Kota Tinggi dan Sungai Skudai di Kampung Laut di sini," katanya.