Sila log masuk terlebih dahulu.

Dua beradik bawah umur nyanyi di jalanan raih RM10,000 sebulan

07 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 7 JANUARI 2023

Dua beradik diselamatkan pegawai penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selepas didapati meraih simpati orang ramai dengan menyanyi di kaki lima sebuah pusat beli-belah di Banda Hilir, di Melaka, pada awal pagi Ahad, Lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob

Remaja lelaki berusia 13 dan 15 tahun dan masih bersekolah itu dipercayai mampu meraih pendapatan lumayan mencecah lebih RM10,000 sebulan apabila memperoleh wang sumbangan orang ramai sekitar RM300 hingga RM600 sehari terutama pada malam hujung minggu.

Pengarah JKM Melaka, Zulkifli Hanifah berkata, berdasarkan maklumat awal kanak-kanak yang bersekolah di Bukit Katil itu dipercayai telah dieksploitasi ibunya berusia 40-an dan merupakan penerima bantuan bulanan JKM untuk menambahkan pendapatan sejak empat tahun lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/643056/berita/semasa/dua-beradik-bawah-umur-nyanyi-di-jalanan-raih-rm10000-sebulan

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #JKM #NyanyiJalanan