Sila log masuk terlebih dahulu.

Belajar di PPS tak jejas semangat calon SPM

05 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 JANUARI 2024

Biarpun terpaksa belajar dan mengulangkaji di pusat pemindahan sementara (PPS), namun ia tidak menjejaskan semangat empat sekawan dari SMK Kota Masai untuk melakukan persiapan bagi menghadapi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023/24, Isnin ini, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini

Tinjauan Sinar Harian di PPS Dewan Cahaya Baru, di sini mendapati empat sekawan berkenaan melibatkan Nur Syahirah Azrin, 17, Muhammad Aidil Haqimi, 17, dan pasangan kembar, Nursuhada dan Nur Wahida Roslim, 17, masing-masing bersemangat melakukan ulangkaji bersama-sama di PPS berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642810/edisi/johor/dugaan-banjir-calon-spm-tetap-semangat-ulang-kaji-di-pps

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #SPM #PPS