Sila log masuk terlebih dahulu.

Perigi ratusan tahun bakal lenyap ditelan ombak

04 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Sebuah perigi lama berusia 101 tahun di Kampung Mengabang Kapal, Batu Rakit, di Kuala Nerus berdepan ancaman hakisan dan dikhuatiri lenyap ditelan ombak sekiranya tidak dipulihara dalam tempoh terdekat, lapor wartawan Sinar Harian Norhaspida Yatim

Kawasan di sekitar perigi yang dipercayai dibina mengikut kalendar Islam pada 1345 Hijrah itu semakin terhakis sehingga mencecah dasarnya sejak musim tengkujuh melanda bermula hujung November tahun lalu.

Menurut seorang penduduk, Anuar Ngah, sebelum ini jarak antara perigi berkenaan dengan kawasan pantai sekitar 100 meter namun kini kawasan itu berubah sepenuhnya apabila dilanda ombak besar.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian