Lembu merayau masuk bandar kena 'cekup'

MPSPK menjalankan operasi membabitkan haiwan merayau di beberapa lokasi sekitar bandar Sungai Petani pada Khamis.
MPSPK menjalankan operasi membabitkan haiwan merayau di beberapa lokasi sekitar bandar Sungai Petani pada Khamis.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK) melaksanakan satu operasi membabitkan haiwan merayau di beberapa lokasi sekitar bandar ini pada Khamis.

Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran MPSPK, Nurul Syafiza Hassan berkata, operasi dilaksanakan berdasarkan aduan yang diterima daripada penduduk berhubung perkara itu.

Haiwan merayau yang dikesan berkeliaran dalam kawasan taman perumahan dan jalan raya turut menjadi sasaran.
Haiwan merayau yang dikesan berkeliaran dalam kawasan taman perumahan dan jalan raya turut menjadi sasaran.

Menurutnya, operasi membabitkan kira-kira 20 anggota dari Jabatan Kesihatan dan Persekitaran dan Jabatan Penguat kuasa MPSPK itu bermula jam 10 pagi.

"Sekarang kita laksanakan operasi di sekitar Bandar Amanjaya, Ambangan Heights atas aduan yang dibuat penduduk.

"Selepas ini, akan teruskan operasi ke Taman Kelisa Ria yang turut dikesan terdapat haiwan merayau," katanya.

Antara lembu yang ditangkap MPSPK.
Antara lembu yang ditangkap MPSPK.

Jelasnya, haiwan merayau yang dikesan berkeliaran termasuk dalam kawasan taman perumahan dan jalan raya turut menjadi sasaran.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, operasi berkenaan adalah kali pertama dilaksanakan pada 2024 dan akan diteruskan dari semasa ke semasa mengikut keadaan.

Jelasnya, tindakan dibuat berdasarkan Undang-Undang Kecil Haiwan Merayau (MPSPK) 2009.