SST: Perlu adil, jangan beban pesakit jalani rawatan TCM - Ka Siong

Kerajaan digesa membuat penetapan dengan lebih adil bagi perlaksanaan SST terhadap cabang perubatan dengan tidak membebankan pesakit yang menjalani rawatan perubatan tradisional dan komplementari. (Gambar kecil: Ka Siong)
Kerajaan digesa membuat penetapan dengan lebih adil bagi perlaksanaan SST terhadap cabang perubatan dengan tidak membebankan pesakit yang menjalani rawatan perubatan tradisional dan komplementari. (Gambar kecil: Ka Siong)
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan digesa membuat penetapan dengan lebih adil bagi perlaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) terhadap cabang perubatan dengan tidak membebankan pesakit yang menjalani rawatan perubatan tradisional dan komplementari (TCM).

Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, TCM juga merupakan cabang perubatan di negara ini dan tidak wajar dikenakan SST sama seperti perubatan moden.

Menurutnya, kerajaan perlu bersimpati kepada mereka yang berusaha mendapatkan perkhidmatan rawatan seperti seperti fisioterapi dan akupunktur untuk proses penyembuhan.

"Mereka dalam kesusahan dan kita mesti bertindak adil, kalau kita boleh beri pengecualian SST untuk perubatan moden, bagi mereka yang merawat haiwan juga tidak dikenakan SST, maka sepatutnya pengecualian SST diperluaskan kepada mereka terima rawatan bawah TCM.

"Sektor TCM, merangkumi ubat-ubatan tradisional Cina dan Melayu serta perubatan ayurveda adalah cabang sistem penjagaan kesihatan. Sudah tentu ia merupakan cabang penjagaan kesihatan yang penting," katanya menerusi hantaran video di media sosial pada Khamis.

Bermula Mac, kemudahan TCM seperti kedai dan perkhidmatan perubatan tradisional Cina dengan perolehan tahunan RM500,000 setiap tahun perlu mengenakan lapan peratus dalam SST.

Menerusi pekeliling oleh Kementerian Kesihatan (KKM) baru-baru ini, pemain industri turut diminta membayar semula SST sejak 2018, berikutan pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Perkembangan itu dibimbangkan menyebabkan berlaku kenaikan ketara bagi harga rawatan alternatif tersebut.

Artikel Berkaitan:

“Saya percaya penjagaan kesihatan harus dilihat sebagai ‘ekosistem holistik bersepadu’ yang mana terdapat

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Ayer Hitam berkata, kebanyakan pengamal TCM mungkin tidak mengetahui bahawa perkhidmatan tersebut sebagai sektor yang tertakluk kepada caj SST.

"Dengan pekeliling itu, nampaknya perkhidmatan TCM termasuk dalam kategori hiburan seperti karaoke,” tambahnya.

Justeru beliau turut mempersoalkan kewajaran perkara tersebut.

"SST, yang dikenakan ke atas perkhidmatan hiburan, tidak sepatutnya digunakan untuk industri TCM. Saya ingin bertanya, bagi mereka yang mendapatkan perkhidmatan TCM, seperti pesakit strok yang perlu menjalani rawatan fisioterapi atau akupunktur, adakah rawatan ini dianggap sebagai hiburan?," soalnya.