Sila log masuk terlebih dahulu.

Lemon Law lindungi pembeli kereta baharu, terpakai

04 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 4 JANUARI 2024

Pengenalan Lemon Law dalam industri automatif di Malaysia adalah penting bagi melindungi hak pengguna sepanjang tempoh jaminan atau waranti sama ada kenderaan baharu mahupun terpakai.

Pada Oktober tahun lalu, Pengurus Kanan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC), Saral James Maniam berkata, Lemon Law membolehkan pengguna menuntut pampasan dalam bentuk wang atau gantian daripada pengeluar atau penjual terutama bagi produk automotif.

Menurutnya, NCCC telah menerima pelbagai aduan berkaitan kerosakan kenderaan buatan tempatan dan antarabangsa dalam tiga bulan selepas tempoh pembelian.

Manakala, Pensyarah Fakulti Ekonomi dan Perniagaan, Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Muhammad Hafiz Mohd Shukri berkata, undang-undang tersebut penting bagi memberi perlindungan tambahan kepada pengguna yang membeli produk rosak dan tidak dapat dibaiki.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642528/berita/nasional/lemon-law-lindungi-pembeli-kereta-baharu-terpakai

Muzik: www.bensound.com