Sila log masuk terlebih dahulu.

'Tangguh pendaftaran PADU hingga isu keselamatan selesai' - Kian Ming

03 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 3 JANUARI 2023

Kerajaan digesa menangguhkan proses pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) sehingga beberapa beberapa kecacatan keselamatan diperbetulkan.

Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dr Ong Kian Ming, mendakwa langkah itu perlu kerana wujud kecacatan dalam sistem pendaftaran PADU, termasuk menghendaki pengguna mengisi maklumat sama yang sudah ada dalam pangkalan data sistem itu.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, melalui platform sosial X mengatakan data yang disatukan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan tidak dipaparkan kerana kebimbangan keselamatan dan kemungkinan penggodaman.

Sistem PADU dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dengan kerjasama serta sokongan pelbagai kementerian, agensi dan kerajaan negeri.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian #PADU