Sila log masuk terlebih dahulu.

Hamdan Senario ditidurkan, mohon doa orang ramai

01 Januari 2024 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 1 JANUARI 2024

Pelawak yang juga anggota kumpulan Senario, Hamdan Ramli terpaksa ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru, Johor selepas disahkan mengalami jangkitan kuman dalam darah, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Menurut anak bongsu Hamdan, Nur Natasya Umairah, pada awalnya, bapanya hanya mengalami cirit-birit dipercayai akibat keracunan makanan selepas pulang dari makan malam semalam sebelum dibawa ke hospital pagi tadi.

Namun, tiba-tiba ayahnya sukar untuk bernafas dan selepas pemeriksaan lanjut, doktor maklumkan dia perlu ditidurkan kerana jangkitan kuman dalam darah agak tinggi.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642148/berita/hiburan/hamdan-senario-kelihatan-ceria-tak-tunjuk-dirinya-sakit

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#BeritaSemasa #SinarHarian