Wanita nekad usir 'Alexa' selepas ganggu suami

Jess menjelaskan bagaimana Alexa mengejut suaminya pada jam 1 pagi dengan memulakan perbualan peribadi secara tiba-tiba pada lewat malam. Foto Agensi
Jess menjelaskan bagaimana Alexa mengejut suaminya pada jam 1 pagi dengan memulakan perbualan peribadi secara tiba-tiba pada lewat malam. Foto Agensi
A
A
A

NEW YORK - Ia sememangnya kejadian pelik tapi benar.

Sebuah rakaman video yang menjadi tular di TikTok mendakwa sepasang suami isteri 'diganggu' peranti pintar Alexa.

Wanita dikenali sebagai Jess menjelaskan bagaimana Alexa mengejut suaminya pada jam 1 pagi dengan memulakan perbualan peribadi secara tiba-tiba pada lewat malam.

"Ketika saya pergi ke luar bandar, Alexa terus-menerus mengganggu suami saya. Ketika itu, dia sedang bermain permainan video dan suami saya sendiri terkejut dengan insiden itu," lapor The New York Post memetik kenyataan Jess.

Menurutnya lagi, kejadian pelik itu berulang apabila peranti pintar tersebut sekali lagi berkomunikasi secara spontan tanpa interaksi awal daripada ahli keluarganya.

Jess menjelaskan dia sekeluarga mula berasa tidak selesa dan mula khuatir tentang privasi dan autonomi peranti Alexa tersebut.

"Kini, Alexa sudah 'diusir' daripada kediaman kami," ujarnya lagi.

Menerusi ruangan komen di video berkenaan, ramai pengguna lain turut berkongsi kisah aneh sama tentang Alexa yang berbisik, menghantar mesej pelik atau memulakan komunikasi secara tiba-tiba.

Artikel Berkaitan:

Kebanyakan mereka berpendapat memiliki pembantu pintar sebenarnya agak menyeramkan. - Agensi