Sila log masuk terlebih dahulu.

Adik didakwa bunuh kakak kandung

31 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 31 DISEMBER 2023

Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, pada Ahad atas tuduhan membunuh kakak kandungnya, minggu lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Azura Md Amin.

Said Afendi mengangguk faham selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Nur Khalida Farhana Abu Bakar.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa menyebabkan kematian Syarifah Ilawati yang juga warga Indonesia, di sebuah rumah di Blok 15, Taman Ungku Tun Aminah, Skudai di sini, kira-kira jam 2 pagi, pada 24 Disember lalu.

Mahkamah kemudian menetapkan 18 Februari 2024 untuk sebutan semula kes dan tiada jaminan dibenarkan terhadap tertuduh.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/642002/berita/semasa/adik-didakwa-bunuh-kakak-kandung

Muzik: Bensound.com