Universiti tawar kursus rawat individu dirasuk hantu

Doktor akan mengikuti kursus tersebut selama enam bulan bermula Januari 2020. - Foto: Agensi
Doktor akan mengikuti kursus tersebut selama enam bulan bermula Januari 2020. - Foto: Agensi
A
A
A

NEW DELHI - Sebuah universiti terkemuka di India menawarkan kursus untuk mengajar doktor kaedah untuk merawat individu yang dirasuk hantu.

Pengajian selama enam bulan di Universiti Banaras Hindu (BHU) di bandar utara Varanasi itu akan bermula pada Januari 2020.

Jurucakap kampus itu memaklumkan, mereka akan memberi tumpuan kepada gangguan psikosomatik yang sering dikelirukan dengan kejadian paranormal.

“Kursus tersebut akan dijalankan di Fakulti Ayurveda yang merupakan sistem perubatan dan rawatan kuno Hindu,” katanya.

Difahamkan, sebuah unit berasingan Bhoot Vidya (kajian hantu) juga telah ditubuhkan di universiti berkenaan.

“Bhoot Vidya akan berdepan dengan penyakit berkaitan gangguan psikomatik yang berpunca daripada sebab yang tidak diketahui dan penyakit minda atau keadaan psikik,” kata Dekan Fakulti Ayurveda, Yamini Bhushan Tripathi.

Menurutnya, kampus berkenaan adalah yang pertama menawarkan kursus seumpama itu di negara tersebut yang akan mengajar doktor cara untuk ‘merawat’ penyakit berkaitan hantu.

Difahamkan, terapi Ayurveda biasanya menggunakan ubat-ubatan herba, perubahan diet, urutan, pernafasan dan bentuk latihan fizikal lain. - Agensi

Artikel Berkaitan: