Zaniolo selamatkan Aston Villa di Villa Park

Jaringan masa kecederaan Zaniolo membolehkan Aston Villa bangkit mengikat Sheffield United di Villa Park. Foto: Agensi
Jaringan masa kecederaan Zaniolo membolehkan Aston Villa bangkit mengikat Sheffield United di Villa Park. Foto: Agensi
A
A
A

GOL masa kecederaan pemain gantian Nicolo Zaniolo membolehkan Aston Villa meraih keputusan seri 1-1 ketika melayan kunjungan Sheffield United di Villa Park pada Sabtu.

Keputusan yang menamatkan rekod kemenangan 15 perlawanan The Villans di laman sendiri dalam liga menyaksikan The Blades mengumpul sembilan mata manakala Villa kekal 38 mata.

Skuad kendalian Unai Emery tampil dengan misi hanya kemenangan akan meletakkan tuan rumah ke puncak liga bagaimanapun tersentak dengan permainan bertahan Sheffield United yang mantap.

Namun Cameron Archer, yang menyertai Villa dari Blades pada Ogos, memberi bayangan tiga mata untuk skuad kendalian Chris Wilder apabila meledak gol minit ke-87.

Biarpun begitu Villa yang tampil berada pada prestasi terbaik musim ini tidak mengalah apabila Zaniolo yang dimasukkan pada minit ke-81 meledak gol pertama liganya pada minit ketujuh masa kecederaan sekali gus menyelamatkan satu mata buat pasukannya.

Jaringan masa kecederaan Zaniolo membolehkan Aston Villa bangkit mengikat Sheffield United di Villa Park. Foto: Agensi
Jaringan masa kecederaan Zaniolo membolehkan Aston Villa bangkit mengikat Sheffield United di Villa Park. Foto: Agensi

“Sejujurnya satu keputusan yang baik selepas kami menjangkakan Sheffield akan memberikan tentangan sengit, dan mereka berjaya menjaringkan gol ketika kami hilang kawalan permainan.

“Ya, keputusan seri dalam perlawanan ini sesuatu yang hebat untuk kami apabila berjaya mengekalkan kestabilan permainan, bukan dengan tiga mata tetapi dengan cara bermain yang sama.

Artikel Berkaitan:

“Kami hilang kawalan permainan dalam 20 minit terakhir. Ya, saya mahukan tiga mata tetapi kami perlu menerima hakikat gaya bertahan Sheffield,” kata Emery.