Pesara Kastam menang cabutan bertuah jutawan BSN SSP


Zaini Din terkejut dan bersyukur apabila menerima panggilan daripada pihak BSN memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan memenangi RM1 juta.
Zaini Din terkejut dan bersyukur apabila menerima panggilan daripada pihak BSN memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan memenangi RM1 juta.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang pesara kastam berazam membawa isteri, anak-anak dan menantunya menunaikan umrah selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-94.

Zaini Din, 66, berkata, beliau terkejut dan bersyukur apabila menerima panggilan daripada pihak BSN memaklumkannya sebagai pemenang cabutan bertuah berkenaan dengan memenangi RM1 juta.

"Saya mula menyimpan di BSN SSP secara konsisten sejak 1990 dengan menyimpan wang lebihan di sana (BSN) setiap tahun.

"Istimewanya, saya dimaklumkan cabutan bertuah dimenangi ini merupakan sijil yang saya beli pada hari jadi saya tahun lepas," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini pada Khamis.

Seorang pesara kastam berazam membawa isteri, anak-anak dan menantunya menunaikan umrah selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-94.
Seorang pesara kastam berazam membawa isteri, anak-anak dan menantunya menunaikan umrah selepas menjadi pemenang Cabutan Jutawan Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) yang ke-94.

Menurut Zaini selain membawa keluarga menunaikan umrah, beliau juga merancang memberi sedikit wang kemenangan itu kepada anak-anak untuk tujuan simpanan di BSN SSP.

Beliau berkata, BSN SSP merupakan produk pelaburan yang menarik kerana bukan sahaja boleh digunakan sebagai tabung untuk masa depan, malah penyimpan juga berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.

Selain hadiah utama Cabutan Jutawan, BSN SSP juga mempunyai kategori lain yang turut menawarkan hadiah yang menarik iaitu Cabutan Bulanan, Cabutan Wilayah, Cabutan Penyimpan Muda, Cabutan Kesetiaan, Cabutan Penyimpan Baharu dan pelbagai.

Artikel Berkaitan:

"Saya nasihatkan orang ramai menyimpan terutama golongan muda agar masa depan mereka terjamin," katanya. - Bernama.