Covid-19: Sidang media khas petang ini

KKM akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung perkembangan jangkitan Covid-19 petang ini.
KKM akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung perkembangan jangkitan Covid-19 petang ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengadakan satu sidang akhbar khas berhubung perkembangan jangkitan Covid-19.

Sidang akhbar itu akan disampaikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad jam 4 petang ini.

Pemakluman mengenai sidang akhbar itu dibuat pada jam 11 pagi tadi.

Mutakhir ini jangkitan Covid-19 di dalam negara kembali melonjak.

Terbaharu, Dzulkefly memaklumkan jangkitan baharu meningkat sebanyak 8,000 kes menjadikan jumlah keseluruhan bilangan jangkitan bagi tempoh 10 hingga 16 Disember adalah 20,696 kes.

Pada sidang akhbar pertama beliau minggu lalu, Dzulkefly memaklumkan kementerian menyarankan pengambilan dos penggalak ketiga vaksin Covid-19 terutama bagi golongan rentan dan berisiko tinggi.

Artikel Berkaitan: