Sembilan maut ditembak di Afrika Selatan

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

JOHANNESBURG - Sembilan orang maut ditembak manakala lapan lagi cedera dalam satu kejadian di Rustenburg, Afrika Selatan pada Sabtu, menurut polis tempatan pada Ahad.

Menurut polis, kejadian berlaku di sebuah penempatan haram Popo Molefe di Boitekong, kira-kira jam 9.15 malam waktu tempatan.

"Mangsa terdiri lima lelaki dan empat wanita.

"Lapan maut di tempat kejadian manakala mangsa kesembilan disahkan meninggal dunia sejurus tiba di hospital. Selain itu, lapan lagi dilaporkan cedera," kata polis dalam satu kenyataan.

Polis berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh setakat ini, mangsa ditembak ketika sedang berehat di halaman rumah.

Tiada tangkapan dibuat setakat ini. - Bernama

Artikel Berkaitan: