Kes langgar pelajar: Polis minta pihak ada bukti tampil

Pihak polis sebelum ini memaklumkan sampel ujian air kencing pegawai kanan polis yang ditahan berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini, negatif dadah.
Pihak polis sebelum ini memaklumkan sampel ujian air kencing pegawai kanan polis yang ditahan berhubung kes kematian seorang pelajar lelaki akibat dilanggar dan diseret kereta di Jalan Taman Jati dekat Meru di sini, negatif dadah.
A
A
A

IPOH - Polis harap mana-mana individu yang mempunyai bukti seperti rakaman papan pemuka (dashcam) kenderaan atau kamera litar tertutup (CCTV), berhubung kes pelajar maut selepas dilanggar kenderaan yang disyaki dipandu seorang pegawai kanan polis Jumaat lepas, untuk tampil membantu siasatan.

"Kita masih menunggu.. yang ada dashcam, CCTV atau lain-lain, siapa yang ada itu (bahan bukti) kita akan terima.

"Setakat ini belum lagi," kata Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri ketika dihubungi pada Ahad.

Beliau berkata, esok tempoh tahanan reman pegawai berkenaan akan tamat, namun beliau masih belum dapat mengesahkan sekiranya tempoh reman akan disambung atau sebaliknya.

"Biarkan polis siasat dengan telus dan adil seperti arahan KPN (Ketua Polis Negara), dan juga kita minta saksi-saksi di luar sana yang boleh membantu siasatan untuk tampil, hubungi polis atau pegawai penyiasat untuk beri keterangan," katanya.

Dua hari lepas, tular di media sosial seorang pelajar lelaki maut selepas motosikal yang dinaikinya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dipercayai dipandu oleh seorang pegawai kanan polis berusia 44 tahun. - Bernama

Artikel Berkaitan: