Kematian Matthew Perry disebabkan ketamin - Koroner

Mendiang paling dikenali dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends.
Mendiang paling dikenali dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends.
A
A
A

LOS ANGELES - Pegawai kesihatan di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) mengesahkan punca kematian pelakon Hollywood, Matthew Perry adalah akibat kesan sampingan ketamin.

Bintang berkenaan ditemui tidak sedarkan diri dalam kolam renang di rumahnya di Los Angeles pada Oktober lalu, namun pemeriksaan bedah siasat pada ketika itu tidak membawa kepada sebarang keputusan.

Lemas telah disenarai sebagai antara sebab punca kematian.

Antara faktor lain yang dikesan sebagai punca kematian pelakon berusia 54 tahun itu adalah penyakit jantung dan kesan sampingan buprenorphine, yang digunakan untuk merawat ketagihan opioid.

Mendiang paling dikenali dengan watak Chandler Bing dalam siri sitkom popular Friends.

Siri komedi itu mengisahkan tentang enam rakan muda yang tinggal di New York dan disiarkan dari tahun 1994 sehingga 2004.

Episod terakhirnya ditonton oleh 52.5 juta rakyat AS, menjadikan ia episod TV paling ditonton pada tahun 2000-an.

Perry pada ketika itu dilaporkan mengalami masalah ketagihan terhadap ubat tahan sakit dan minuman keras.

Artikel Berkaitan:

Mendiang turut menghadiri sesi pemulihan di klinik beberapa kali. - Awani