Polis siasat pelajar maut dilanggar lari

Mohd Yusri (kiri), Laporan Sinar Harian
Mohd Yusri (kiri), Laporan Sinar Harian
A
A
A

IPOH - Polis sedang menyiasat kejadian seorang pelajar sekolah berusia 17 tahun maut dilanggar lari sebuah kereta berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati, Meru dekat sini tengah hari tadi.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri mengesahkan pihaknya menerima laporan kejadian tersebut dan kini sedang dalam proses memanggil saksi untuk membantu siasatan.

"Kita telah dapat laporan daripada beberapa saksi. Pegawai saya akan panggil saksi berkenaan dan buat siasatan lebih lanjut," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Mohd Yusri berkata, pihaknya juga sedang menunggu laporan bedah siasat untuk proses pertuduhan.

Beliau berkata mayat pelajar itu telah dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini untuk proses bedah siasat.

Sebelum itu, tular hantaran oleh orang awam di laman Facebook mengenai kejadian berhampiran sekolah SMK Jati, di Meru memaparkan gambar pelajar lelaki berkenaan yang didakwa dilanggar oleh sebuah kereta.

Artikel Berkaitan: