Budak perempuan pemain kiub Rubik terpantas di dunia

Qixian menjadi budak perempuan terpantas bermain kiub Rubik di Singapura. - Agensi
Qixian menjadi budak perempuan terpantas bermain kiub Rubik di Singapura. - Agensi
A
A
A

SINGAPURA - Seorang budak perempuan berusia enam tahun menjadi individu pertama memecah rekod dunia menyelesaikan kiub Rubik 3x3x3 dalam masa 5.97 saat dalam Kejohanan Kiub Rubik Antarabangsa di Singapura, lapor Oddity Central.

Qixian Cao berasal dari Wilayah Jiangsu, China mula bermain Rubik sejak berumur tiga tahun selepas sepupunya mengajar seni 'speed cubing' bagi menyelesaikan mainan teka-teki mekanik secara pantas.

Bagaimanapun selepas kira-kira setahun, dia dikatakan semakin mahir sehinggakan sepupunya énggan mengajarnya lagi kerana kebolehan kecepatan bermain kiub tersebut.

Menurut ibu-bapanya, Cao sangat meminati permainan ini dan sering berlatih selama dua hingga tiga jam sehari dan prestasinya semakin baik.

Kadang-kala, dia turut gagal melakukan kecepatan permainan itu dan sering merujuk masalah itu kepada keluarganya.

"Dia tersekat pada 12 saat apabila cuba mencapai kecepatan 10 saat selama tiga bulan.

"Atas semangat jitu dan tidak mudah berputus asa, lama-kelamaan prestasinya semakin baik,"kata ibunya, Cao Xian.

Tambahnya, mereka sekeluarga tidak menyangka bahawa anaknya itu dapa memecah rekod dunia secepat itu.

Artikel Berkaitan:

"Selama dua hingga tiga hari selepas pulang ke China, kami rasa masih bermimpi lagi,"tambah Xian. - Agensi