Dr Dzulkefly kembali terajui KKM

Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly
A
A
A

PUTRAJAYA - Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad yang sebelum ini bekas Menteri Kesihatan kembali menerajui kementerian tersebut dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Selasa.

Pengarah Strategi Parti Parti Amanah Negara (Amanah) itu menggantikan Dr Zaliha Mustafa yang bertukar portfolio sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan).

Dr Dzulkefly mempertahankan kemenangan di kerusi Parlimen Kuala Selangor buat penggal ketiga pernah berkhidmat sebagai Kesihatan hampir dua tahun ketika Pakatan Harapan (PH) mentadbir negara di bawah bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Selain itu, muka baharu dalam Kabinet Kerajaan Perpaduan ialah Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Menteri Perladangan dan Komoditi.

Beliau menggalas jawatan tersebut selepas penyandang iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof dilantik sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam yang juga bertanggungjawab kepada Sabah dan Sarawak.

Anwar mengumumkan barisan Kabinet baharu yang menyaksikan bilangan menteri meningkat daripada 28 kepada 31 orang manakala

timbalan menteri bertambah dua menjadikan seramai 29 orang.

Meskipun jumlah keseluruhan meningkat kepada 60 orang berbanding 55 orang sebelum ini, namun angka itu lebih rendah berbanding saiz Kabinet ketika Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri iaitu seramai 70 orang.

Artikel Berkaitan: