Sila log masuk terlebih dahulu.

Ops Penguatkuasaan Perburuhan Bersepadu serbu tiga tapak binaan di Perak

11 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 11 DISEMBER 2023

Seramai 86 warga asing diselamatkan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) dalam Op Penguatkuasaan Perburuhan Bersepadu di tiga tapak pembinaan berasingan sekitar Perak pada Isnin, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Pemeriksaan dilakukan selepas menerima aduan awam terhadap isu pengabaian pekerja melibatkan warga Bangladesh, Myanmar dan Indonesia oleh majikan.

Dalam serbuan sekitar jam 7.50 pagi itu, seramai 52 lelaki diperiksa di Ipoh manakala masing-masing 17 orang diperiksa di Tapah dan Sitiawan.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639111/berita/semasa/86-warga-asing-diselamatkan-selepas-dua-minggu-tidak-bekerja

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #Mojo