Sila log masuk terlebih dahulu.

Bapa kayuh basikal tua rai majlis kahwin anak

10 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 10 DISEMBER 2023

Seorang bapa tekad mengumpul rakan-rakannya dari Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan untuk berarak sempena majlis perkahwinan anaknya di Kampung Bemban, Senaling, Kuala Pilah pada Ahad lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Lebih meriah apabila pengantin lelaki mengayuh sendiri beca untuk membawa isterinya pada hari persandingan mereka sambil diarak 20 basikal klasik sejauh 300 meter dari Masjid Kampung Bemban, Senaling ke lokasi majlis.

Pasangan berkenaan, Muhammad Daniel Syimir Norhadi Hasan dan Nurhazwani Aqilah Mohd Hatta masing-masing berusia 21 tahun mengenakan pakaian berwarna hitam putih turut disambut dengan paluan kompang dari Felda Bukit Rokan Barat, Jempol.

Bapa pengantin, Norhadi Hasan Mohd Kasa, 46, berkata, keputusan untuk berarak dengan basikal klasik dibuat antara lain mahu mengumpulkan rakan-rakannya dari Kelab Basikal Tua Negeri Sembilan.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639012/edisi/melaka-ns/bapa-kayuh-basikal-tua-rai-majlis-kahwin-anak

Muzik: Perception dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini