Sila log masuk terlebih dahulu.

Rossa pukau 4,000 penonton menerusi 'Medley Malaysia'

10 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA MOJO 10 DISEMBER 2023

Konsert Rossa Another Journey The Beginning yang berlangsung di Kota Kinabalu pada Jumaat, berjaya memukau hampir 4,000 penonton bukan saja dari Sabah tetapi dari negara jiran termasuk Brunei, Indonesia dan Singapura, lapor wartawan Sinar Harian, Asyikin Asmin.

Lebih mengujakan, Datuk Seri Rossa atau nama lengkapnya Sri Rossa Roslaina Handiyani turut memberi kejutan dengan melantunkan lima lagu legenda dari penyanyi terkenal negara menerusi 'Medley Malaysia' ketika di tengah persembahan konsert.

Antara lagu yang dinyanyikan secara medley dalam konsert tersebut ialah Janji Manismu daripada Aishah, Suci Dalam Debu (Iklim), Fantasia Bulan Madu (Search), Bukan Cinta Biasa (Siti Nurhaliza) dan Antara Anyer dan Jakarta (Sheila Majid).

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/639011/berita/hiburan/rossa-pukau-4000-penonton-menerusi-medley-malaysia

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini