Sila log masuk terlebih dahulu.

Gucci, Ricks jejak bukti pembunuhan Zayn Rayyan

10 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 10 DISEMBER 2023

Dua unit anjing pengesan (K9) Gucci dan Ricks dibawa ke Apartmen Idaman Damansara Damai di sini bagi membantu pencarian bahan bukti berhubung kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, yang memasuki hari keempat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.

Operasi dimulakan sekitar jam 10 pagi dengan anjing pengesan itu dibawa melakukan pemeriksaan di sebuah stor yang terletak kira-kira 200 meter lokasi mayat kanak-kanak autisme berkenaan ditemui.

Pemeriksaan dilakukan kira-kira 10 minit sebelum diteruskan di sekitar Blok R dan Blok S.

ARTIKEL: https://www.sinarharian.com.my/article/638964/berita/semasa/gucci-ricks-jejak-bukti-pembunuhan-zayn-rayyan

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #SinarTerkini #ZyanRayyan