2023: KPKT catat kejayaan memberangsangkan

Kor Ming menunjukkan sijil kejayaan KPKT menduduki tempat kedua The Best Performance Ministry, Malaysian Government Performance Index (MyGPI) bagi tahun 2022-2023.
Kor Ming menunjukkan sijil kejayaan KPKT menduduki tempat kedua The Best Performance Ministry, Malaysian Government Performance Index (MyGPI) bagi tahun 2022-2023.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tahun 2023 mencatatkan kejayaan yang memberangsangkan buat Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak Menterinya, Nga Kor Ming menerima amanah serta mandat untuk menerajui kementerian itu pada Disember tahun lalu.

Selaras dengan visi untuk menjadi peneraju kemakmuran komuniti bandar dan persekitaran mampan, KPKT berjaya membuktikan sebagai antara kementerian di bawah Kerajaan Persekutuan yang paling berjaya dengan meraih pelbagai pengiktirafan dan anugerah.

Kejayaan itu sekali gus membuktikan kepimpinan, pengurusan serta pelaksanaan dasar dan program KPKT berada di landasan yang betul hasil daripada komitmen kolektif daripada seluruh warga kerja kementerian itu.

Antara pengiktirafan yang diterima KPKT di bawah kepimpinan Kor Ming iaitu;

- The Best Performance Ministry, Malaysian Government Peformance Index (MyGPI).

- Anugerah Inovasi Perdana Sektor Awam (AIPSA).

Malah, KPKT turut melaksanakan pembaharuan dalam mengiktiraf kejayaan warga kerja serta peranan pihak berkuasa tempatan (PBT) menerusi Majlis Kecemerlangan Menteri KPKT (AKM) 2023 yang telah diadakan pada 11 November 2023.

Kejayaan tersebut selari dengan hasrat beliau yang mahu melihat KPKT menjadi pusat kecemerlangan dan perintis dalam melaksanakan program, inisiatif kerajaan serta perkhidmatan awam.

Artikel Berkaitan:

Kemudahan awam

Pada masa sama, KPKT turut mencatatkan kejayaan menyediakan kemudahan awam yang terbaik untuk rakyat sekali gus menjadi contoh dalam pelaksanaan aspirasi kerajaan MADANI.

Kejayaan tersebut merangkumi agenda yang menjadi tumpuan KPKT seperti kemudahan awam, kecekapan urusan pentadbiran, perumahan, kebombaan dan penyelamatan, pengukuhan komuniti, kemampanan pembandaran serta keselamatan dan kesejahteraan komuniti bandar.

Antara kejayaan pencapaian KPKT dalam menyediakan kemudahan awam dan kesejahteraan rakyat merangkumi;

- 4,900 projek kemudahan awam sepanjang tahun 2023.

- Melibatkan peruntukan RM703 juta.

- Projek menaik taraf 77 buah dewan orang ramai.

- Pembinaan 186 tandas awam.

Kategori sosioekonomi:

- 282 projek (gerai, pasar malam, medan selera).

- 11 projek (naik taraf dan bina baharu pasar)

- 349 projek (pembaikan dan menaik taraf kiosk).

Kategori infrastruktur:

- 68 projek penurapan jalan kawasan perumahan dan bandar.

- 1,590 projek penukaran lampu jalan jenis LED dan solar.

- 833 projek peparitan dan saliran.

- 395 projek pembinaan kolam takungan banjir.

KPKT serius tangani projek perumahan sakit

KUALA LUMPUR - Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) berjaya menyelamatkan sebanyak 17 projek perumahan ‘sakit’ sekali gus membantu rakyat mencapai impian untuk memiliki kediaman sendiri.

Akmal Nasrullah (dua dari kiri) meninjau perkembangan projek Residensi PR1MA Rantau, Bandar Ekar Rantau, Seremban pada Jun 2023.
Akmal Nasrullah (dua dari kiri) meninjau perkembangan projek Residensi PR1MA Rantau, Bandar Ekar Rantau, Seremban pada Jun 2023.

Kejayaan itu dimaklumkan Menteri KPKT, Nga Kor Ming yang mana ketika beliau memulakan tugas di kementerian itu, PR1MA mempunyai 24 projek perumahan yang gagal disiapkan.

“Bagaimanapun, pada tahun 2023, PR1MA telah siapkan 17 projek itu dan hanya tinggal baki tujuh projek.

“Menjelang suku ketiga tahun depan, kita jangka 100 peratus kunci rumah dapat diserahkan kepada pembeli. Iltizam saya ialah untuk pastikan dalam dua tahun pertama (pentadbiran Kerajaan Perpaduan) semua projek sakit di bawah PR1MA akan siap sepenuhnya,” jelasnya kepada Sinar Harian.

Tambah Kor Ming, PR1MA turut berjaya menyiapkan lebih kurang 9,500 unit rumah sekali gus menjadikan perbadanan berkenaan sebagai pemaju perumahan rumah mampu milik yang terbesar dalam negara ini.

Malah, pencapaian memberangsangkan itu katanya telah mengangkat nama PR1MA hingga memenangi tujuh anugerah termasuk anugerah berprestij, The Edge Managed and Sustainable Property Award 2023 bagi kategori perumahan mampu milik mampan.

Kor Ming menambah, KPKT turut mencatat pencapaian membanggakan di bawah Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) apabila Rumah Mesra Rakyat yang berjaya disiapkan kini berjaya melepasi sasaran awal yang ditetapkan sebanyak 4,200 unit.

Malah, komitmen KPKT itu diperkukuhkan dengan pengumuman Dana Jaminan Khas berjumlah RM1 bilion dalam Belanjawan MADANI 2024 bagi menggalakkan pemaju memulihkan projek perumahan swasta sakit dan terbengkalai yang sudah hampir siap.

“Saya yakin hingga akhir tahun ini kita akan berjaya menyiapkan sebanyak 4,800 unit rumah mesra rakyat iaitu melepasi sasaran awal yang diletakkan kerajaan,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Teluk Intan, Perak.

Infografik:

- Nilai projek perumahan yang diselamatkan: RM32.87 bilion

- Jumlah keseluruhan unit rumah: 43,738 unit

PR1MA

- Jumlah projek sakit - 24 projek.

- Jumlah berjaya disiapkan - 17 projek, baki tujuh dijangka siap 2024.

- Bilangan unit disiapkan - 9,500 unit.

- Terima anugerahThe Edge Managed and Sustainable Property Award 2023

SPNB - Rumah Mesra Rakyat

- 4,200 unit berjaya disiapkan bagi tahun 2023.

- 185,220 permohonan.

- 87,687 sedang mendaftar.

- 97,533 permohonan diterima.

- 62,145 permohonan diluluskan.

- KPKT sasar siapkan 4,800 unit Rumah Mesra Rakyat (RMR)

- KPKT terima Dana Jaminan Khas RM1 bilion pemulihan projek perumahan dalam Belanjawan MADANI 2024.

- KPKT berjaya tubuhkan Pasukan Petugas Khas Projek Perumahan Swasta Sakit dan Terbengkalai (TFST), berjaya selamatkan 351 projek setakat September 2023.

KPKT wujudkan ekosistem bandar mampan, komuniti sejahtera

KPKT berjaya melengkapkan pembinaan 400 balai Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara termasuk empat pembinaan baharu pada tahun 2023.
KPKT berjaya melengkapkan pembinaan 400 balai Jabatan Bomba dan Penyelamat di seluruh negara termasuk empat pembinaan baharu pada tahun 2023.



KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mencapai keberhasilan dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat sepanjang tahun 2023.

Keberhasilan itu dibuktikan hasil daripada komitmen kementerian itu melengkapkan pembinaan 400 buah balai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) di seluruh negara.

Menurut Menterinya, Nga Kor Ming, usaha itu termasuklah pembinaan empat buah balai JPBM baharu masing-masing di Johor, Kuala Lumpur, Kedah dan Sarawak selain menaiktaraf fasiliti itu di Negeri Sembilan dan Sabah.

“Dengan pelaksanaan fasiliti-fasiliti berkenaan, masa tindak balas JBPM bagi sebarang panggilan kecemasan dapat dipercepatkan seterusnya mengurangkan kadar kehilangan nyawa serta kerugian harga benda,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di bangunan Parlimen, baru-baru ini.

Pada masa sama, KPKT turut bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JAKOA) melancarkan perkhidmatan khas helikopter ambulan pertama negara iaitu Emergency Air Ambulance Rescue Services (EMARS) bagi mempercepatkan perkhidmatan kecemasan khususnya di kawasan pedalaman dan perkampungan Orang Asli.

“Perkhidmatan ambulan udara ini menggunakan pesawat bomba sedia ada telah diubah suai dan dilengkapi peralatan perubatan kecemasan.

“Justeru, dengan khidmat EMARS ini, kerajaan hanya belanja RM5 juta sahaja setahun berbanding RM20 juta jika mengupah pakar swasta,” jelasnya yang turut merancang untuk menambah helikopter EMARS pada tahun hadapan.

Tenaga hijau dan bandar mampan

KPKT melalui Jabatan Kerajaan Tempatan (JKT) pada tahun 2023 turut berjaya menyiapkan sebanyak 3,209 unit MyKiosk yang dilengkapi elemen tenaga hijau seperti solar panel dengan peruntukan berjumlah RM50 juta.

Pada masa sama, Kor Ming memaklumkan KPKT melalui PLANMalaysia juga telah mempergiat usaha pembinaan bandar yang mampan dan sejahtera.

Antara usaha itu, KPKT memperkenalkan Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia bagi merangka dasar dan hala tuju bandar pintar yang lebih jelas dan bersistematik berasaskan standard global di samping mengiktiraf PBT Smart City Early Adopter.

Kesejahteraan rakyat:

- 400 balai JPBM seluruh negara termasuk empat pembinaan baharu bagi 2023.

- Perkenalkan perkhidmatan khas helikopter ambulans EMARS.

- 3,209 unit MyKiosk untuk penjaja dan peniaga.

- Penyelenggaraan 110 lif di PPR dan perumahan berstrata dengan peruntukan RM50 juta.

- Pembinaan bandar mampan dan sejahtera menerusi PLANMalaysia.

- Program Penarafan Bandaraya Pintar.

- Penubuhan NCEC bagi mencapai karbon bersih sifar menjelang 2050.

- Melaksanakan kerjakerja penggantian dan penyelengaraan 110 lif-lif usang di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) dan perumahan awam berstrata dengan peruntukan RM50 juta.

- Pembinaan bandar mampan dan sejahtera menerusi inisiatif PLANMalaysia.

- Perkenalkan Program Penarafan Bandar Pintar Malaysia.

- Mengiktiraf PBT Smart City Early Adopter.

- Melancarkan Garis Panduan Perancangan Petak Pengecasan Kenderaan Elektrik (GPP EVCB) dengan sasaran 10,000 menjelang 2025.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!