Sila log masuk terlebih dahulu.

Kes Zayn Rayyan: Polis giat jalankan siasatan

08 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
MOJO LIVE 8 DISEMBER 2023

[MOJO LIVE] Sidang Media bersama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di lokasi mayat Zayn Rayyan Abdul Matin ditemui berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub dan jurukamera, Yusrizal Yusof.

Menurutnya, pihak polis berusaha menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan bagi mengesan suspek yang terlibat.

Zayn Rayyan merupakan kanak-kanak autisme yang hilang di kawasan kediamannya tengah hari Selasa (5 Disember 2023) ditemui meninggal dunia di anak sungai kawasan berhampiran pada jam 10 malam, Rabu (6 Disember 2023).

Mangsa dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #ZaynRayyan