Sila log masuk terlebih dahulu.

Tinjauan ke lokasi penemuan mayat Zayn Rayyan

08 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

MOJO LIVE 8 DISEMBER 2023

[MOJO LIVE] Tinjauan ke lokasi mayat Zayn Rayyan Abdul Matin yang ditemui di Apartment Idaman, Damansara Damai, Selangor, lapor wartawan Sinar Harian, Hisyamuddin Ayub dan jurukamera, Yusrizal Yusof.

Pasukan forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan siasatan dan mengumpulkan maklumat lanjut.

Zayn Rayyan merupakan kanak-kanak autisme yang hilang di kawasan kediamannya tengah hari Selasa (5 Disember 2023) ditemui meninggal dunia di anak sungai kawasan berhampiran pada jam 10 malam, Rabu (6 Disember 2023).

Hasil bedah siasat dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh mendapati terdapat kecederaan pada bahagian tubuh badan mangsa.

Zayn Rayyan dipercayai dicekik oleh pembunuhnya di lokasi lain sebelum mayatnya ditinggalkan di saliran air kira-kira 200 meter dari Apartmen Idaman, Damansara Damai pada Rabu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#BeritaSemasa #SinarHarian #SinarTerkini #ZaynRayyan