Penunggang basikal maut dirempuh kereta

Orang ramai dan petugas kesihatan mengangkat mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Kampung Lalang Sungai Melayu semalam.
Orang ramai dan petugas kesihatan mengangkat mangsa yang terlibat kemalangan di Jalan Kampung Lalang Sungai Melayu semalam.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Seorang penunggang basikal berusia 41 tahun maut selepas dirempuh sebuah kereta dari arah belakang di Jalan Kampung Lalang, Sungai Melayu di sini semalam.

Gambar kejadian kemalangan itu tular sejak semalam yang menunjukkan mangsa diangkat oleh beberapa orang dan petugas kesihatan.

Ketua Polis Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata, kemalangan yang berlaku kira- kira jam 7.20 pagi itu melibatkan sebuah kereta jenis Proton Persona dan basikal.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu kereta hilang kawalan sebelum merempuh mangsa dari arah belakang.

Keadaan basikal yang ditunggang mangsa.
Keadaan basikal yang ditunggang mangsa.

“Akibat kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan basikalnya tercampak ke tengah jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Katanya, mangsa kemudiannya dilaporkan meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru pada jam 6.50 petang.

“Pemandu kereta itu dikenal pasti sebagai seorang lelaki berusia 25 tahun.

Artikel Berkaitan:

"Setakat ini masih belum ada tangkapan dibuat dan kes masih disiasat mengikut Seksyen Sek 43(1)(a) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.