Sila log masuk terlebih dahulu.

Kembalikan peranan jawatankuasa syarak dan sivil, rangka undang-undang standard negara

06 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A
BERITA SEMASA 6 DISEMBER 2023

Peranan Jawatankuasa Syarak dan Sivil yang pernah digerakkan sejak 2018 bagi menyelaras undang-undang berkaitan perlu dikembalikan demi mengelakkan pertikaian mengenai percanggahan perundangan terus berlaku.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, gerakan tersebut bagi merangka satu undang-undang standard yang mampu menutup segala kelompongan antara undang-undang syariah dan sivil di negara ini.

Menurutnya, ia juga menjadi sumber rujukan piawaian bagi negeri-negeri dalam meminda enekmen syariah masing-masing agar tidak bercanggah dengan undang-undang persekutuan.

Mujahid yang juga bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkata demikian dalam Wawancara Eksklusif Sinar Harian pada Selasa.

Lagi video menarik di https://www.sinarharian.com.my/wawancara-video

Muzik: www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #BeritaMojo #BeritaSemasa #Amanah #Perundangan