Sila log masuk terlebih dahulu.

Tonto mengaku terima suapan lapan syarikat lori

05 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 5 DISEMBER 2023

Seorang tonto didenda RM56,000 oleh Mahkamah Sesyen Melaka, hari ini, selepas mengaku bersalah menerima suapan daripada lapan syarikat lori, lapor Wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Tertuduh, Norsham Ahmad membuat pengakuan terbabit ketika 20 pertuduhan pilihan dibacakan di hadapan Hakim Elesabet Paya Wan.

Berdasarkan kesemua pertuduhan, tertuduh telah menerima suapan wang berjumlah keseluruhan RM34,855 melalui transaksi dalam talian daripada lapan syarikat kenderaan berat itu sejak 2017.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638138/berita/semasa/tonto-mengaku-terima-suapan-didenda-rm56000

Muzik: elevate/bensound