Sila log masuk terlebih dahulu.

Juvana mengaku salah cabul remaja

05 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 5 DISEMBER 2023

Seorang pekerja kedai makan mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Bahau, Negeri Sembilan pada Selasa atas pertuduhan mencabul remaja perempuan bawah umur pada Oktober lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Norafidah Assan.

Tertuduh juvana lelaki berusia 16 tahun itu membuat pengakuan berkenaan sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Norshazwani Ishak.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh pada 25 Oktober lalu kira-kira jam 11 malam di sebuah taman perumahan di Bahau telah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja berusia 15 tahun.

Sehubungan itu, dia telah melakukan satu kesalahan di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual terhadap Kanak-kanak 2017 - Kesalahan mencabul seorang kanak-kanak, memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/638116/berita/semasa/juvana-mengaku-salah-cabul-remaja

Muzik: elevate/bensound