Sila log masuk terlebih dahulu.

UMNO tak khianat Kerajaan Perpaduan - Puad Zarkashi

05 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA SEMASA 5 DISEMBER 2023

Pemimpin UMNO menolak gesaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya parti itu menilai semula kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan selepas Barisan Nasional (BN) yang tewas pada PRK Kemaman, minggu lalu.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, kekalahan itu tidak bermaksud mereka perlu keluar daripada Kerajaan Perpaduan diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebaliknya perlu turut melihat keserasian yang semakin kukuh.

Tegasnya, UMNO tidak akan mengikut jejak Bersatu keluar dari gabungan kerajaan selepas tewas pada PRK Tanjung Piai pada November 2019, tiga bulan sebelum Langkah Sheraton mengakibatkan pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamad di bawah Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa