Sila log masuk terlebih dahulu.

Enam lelaki didakwa rogol, amang seksual budak 11 tahun

04 Disember 2023 | Berita Semasa Video
A
A
A

BERITA MOJO 4 DISEMBER 2023

Empat lelaki termasuk tiga beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Perak pada Isnin atas pertuduhan melakukan rogol seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, bulan lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Noor Ainon Mohamed Yusof.

Tertuduh berusia 23 tahun bersama adiknya berusia 17 dan 14 tahun serta rakan mereka berusia 16 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.

Tertuduh didakwa melakukan rogol berkumpulan ke atas mangsa di sebuah rumah di Kampung Pahat Luar, Gerik pada waktu petang awal November lalu.

Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan.

Artikel: https://go.sinar.la/3GsMSyc

Muzik: Elevate/bensound.com