Tiga kali sehari redah banjir demi si bulus

Siti Suraya sanggup berulang alik sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan kucing kesayangan tidak kelaparan.
Siti Suraya sanggup berulang alik sebanyak tiga kali sehari bagi memastikan kucing kesayangan tidak kelaparan.
A
A
A

RANTAU PANJANG - Banjir yang melanda Kampung Padang Licin di sini memaksa penduduk yang pelihara kucing menempatkan si bulus kesayangan di kawasan selamat.

Tinjauan Sinar Harian mendapati di sepanjang jalan di kampung itu kelihatan banyak sangkar kucing ditempatkan di kawasan tersebut.

Pekerja kedai baju, Siti Suraya Othman, 21, berkata, setiap hari tiga kali dia meredah banjir sedalam 0.3 meter semata-mata untuk memberikan makan kepada kucing miliknya.

Tinjauan Sinar Harian mendapati di sepanjang jalan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang kelihatan banyak sangkar kucing ditempatkan di kawasan tersebut.
Tinjauan Sinar Harian mendapati di sepanjang jalan di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang kelihatan banyak sangkar kucing ditempatkan di kawasan tersebut.

"Saya mempunyai sembilan ekor kucing, dimana lima darinya adalah masih lagi bayi berusia sebulan.

"Sudah tiga hari kami terpaksa berpisah dan hanya mampu berdoa mereka dapat bertahan dalam keadaan cuaca begini tanpa pengawasan," katanya.

Pelbagai inisiatif dilakukan oleh pemilik si bulus bagi memastikan haiwan peliharaan selamat dari banjir.
Pelbagai inisiatif dilakukan oleh pemilik si bulus bagi memastikan haiwan peliharaan selamat dari banjir.

Menurut Siti Suraya, melihat kepada keadaan air yang tidak surut serta bakal berdepan banjir termenung dijangka mereka terpaksa tinggal di pusat pemindahan sementara (PPS) lebih dari seminggu lagi.

Artikel Berkaitan:

Katanya, mujurlah bekalan makanan telah disediakan secukupnya untuk si bulus selain berharap tiada lagi hujan dan air cepat surut.

Padang Licin merupakan antara 18 kampung yang ditenggelami banjir di Pasir Mas.

Siti Suraya tidak lena tidur memikirkan si bulus kesayangan sepanjang musim banjir ini.
Siti Suraya tidak lena tidur memikirkan si bulus kesayangan sepanjang musim banjir ini.

Kebanyakan penduduk di sini ditempatkan di PPS Masjid Mukim Padang Licin.

Setakat Isnin seramai 116 orang melibatkan 45 keluarga dipindahkan ke PPS tersebut.