Pelajar Tingkatan Satu ditahan cabul 14 rakan OKU

Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan polis selepas disyaki mencabul 14 pelajar OKU di asrama sekolah. - Gambar hiasan
Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan polis selepas disyaki mencabul 14 pelajar OKU di asrama sekolah. - Gambar hiasan
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang pelajar Tingkatan Satu ditahan polis selepas didakwa mencabul 14 pelajar orang kurang upaya (OKU) di sebuah sekolah menengah di sini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Mohd Asri Shafie berkata, pihaknya menerima laporan daripada pengetua sekolah terbabit pada Jumaat yang melaporkan 14 manga telah dicabul oleh suspek yang berusia 13 tahun di asrama sekolah.

Menurutnya, kesemua mangsa berusia antara 13 dan 14 tahun yang mengalami masalah pembelajaran, penglihatan, pendengaran dan autisme.

"Suspek telah ditahan pada Jumaat untuk siasatan lanjut dan disiasat di bawah Akta 14 Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak kerana melakukan amang seksual.

"Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi 20 tahun dan sebatan," katanya menerusi kenyataan di sini pada Sabtu.

Dalam pada itu, Mohd Asri turut menasihatkan orang ramai supaya tidak menyembunyikan sebarang maklumat mengenai jenayah seksual terhadap kanak-kanak.

Jelasnya, peruntukan undang-undang di bawah Seksyen 19 akta yang sama iaitu kegagalan memberi maklumat mengenai perlakuan kesalahan seksual terhadap kanak-kanak boleh didenda tidak melebihi RM5,000.

Artikel Berkaitan: