World #QuranConvention: Kebaikan perlu dimulai terhadap ahli keluarga

Dari kiri; Shaykh Rami As-Sousi, Mohd Erfino, Abdul Munim Sombat Jitmoud dan Fazrul Ismail semasa sesi perkongsian sempena World #QuranConvention di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Sabtu.

A
A
A

SEPANG - Kebaikan sebenar perlu bermula daripada individu terhadap ahli keluarganya sebelum mengutamakan masyarakat luar kerana ia merupakan cabaran utama dihadapi dalam usaha mencari hidayah ALLAH SWT.

Pensyarah Kanan, Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM), Dr Mohd Erfino Johari berkata, apabila umat Islam mampu bersabar dan reda dengan ahli keluarga sendiri, ia juga membawa kepada hubungan baik terhadap masyarakat luar.

Mohd Erfino
Mohd Erfino

"Elemen utama dalam surah al-Insan adalah mengenai panduan dan bimbingan yakni ALLAH SWT memang boleh bagi hidayah dekat semua orang tapi nak dapatkannya memerlukan usaha pendahuluan.

"Usaha pendahuluan paling dekat, buat baik dengan keluarga sendiri tapi kalau dengan mereka pun tak lepas, dengan orang lain juga tidak akan selesai.

"Selain itu, saya harap peserta hari ini dapat menterjemahkan sebarang teori, dapatan atau perkongsian idea ke dalam tugasan harian dan dapat dipraktik secara berkesan," katanya.

Beliau berkata demikian dalam diskusi bertajuk 'Serve to be Served: Individual and Family' yang dihoskan Ketua Pegawai Penyelidik Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUIF), Fazrul Ismail di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA, di sini pada Sabtu.

Hadir sama, bekas pengetua tujuh sekolah Islam di Amerika Syarikat (AS), Dr Abdul Munim Sombat Jitmoud sebagai panel dan Qari Imam Palestin, Shaykh Rami As-Sousi.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mencemar duli ke konvensyen sehari anjuran WUIF dan Bayyinah Institute itu.

Dari kiri; Shaykh Rami As-Sousi, Mohd Erfino, Abdul Munim Sombat Jitmoud dan Fazrul Ismail semasa sesi perkongsian sempena World #QuranConvention di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Sabtu.
Dari kiri; Shaykh Rami As-Sousi, Mohd Erfino, Abdul Munim Sombat Jitmoud dan Fazrul Ismail semasa sesi perkongsian sempena World #QuranConvention di Hotel Movenpick dan Pusat Konvensyen KLIA pada Sabtu.

Selain itu, turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar dan Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

World #QuranConvention (WQC) bertemakan 'Serve To Be Served: A Divine Guidance From Surah Al-Insan’ merupakan sebuah program berasaskan al-Quran bertaraf antarabangsa buat julung kali diadakan.

Penyertaan melibatkan peserta dari Australia, Belgium, Brunei, Kanada, Jerman, Perancis, Indonesia, India, Mesir, Indonesia, Singapura, Filipina, Amerika Syarikat, Uzbekistan, Nigeria dan Palestin.

Antara penceramah jemputan ialah Ustaz Nouman Ali Khan dari Amerika Syarikat sebagai Pengarah World #QuranConvention 2023, Imam Besar Masjid Istiqlal, Profesor Dr KH Nasaruddin Umar dan Pengasas Ibn ‘Ashur Centre, Dr Sohaib Hussein.