[VIDEO] '20 bulan turun naik mahkamah, hari ini berakhir baik' - Yasin

A
A
A

PETALING JAYA - "Tak expect (keputusan hari ini) sebenarnya, 50-50 lah". Demikian kata penyanyi dan komposer terkenal, Muhammad Yasin Sulaiman selepas dilepaskan dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu atas kesalahan dadah.

Penyanyi berusia 48 tahun itu berkata, dia sejujurnya tidak menjangkakan keputusan bebas akan diputuskan oleh Hakim, Faiz Dziyauddin.

Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan Muhammad Yasin Sulaiman dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada Rabu memerintahkan Muhammad Yasin Sulaiman dihantar ke Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Namun anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, bagi mereka yang mengikuti perbicaraannya, terdapat potensi untuk dirinya menang dalam kes tersebut.

"Pada yang mengikuti perbicaraan, nampaklah berat kepada kemenangan tetapi (saya) sentiasa bersedia untuk keputusan yang ke kiri atau ke kanan.

"Setelah 20 bulan saya turun naik court, alhamdulillah hari ini berakhir dengan baik dan saya tidak akan datang ke sini lagi.

"Terima kasih kepada semua yang hadir, alhamdulillah saya berterima kasih kepada semua yang terlibat termasuk pihak pendakwaan," katanya ditemui selepas mahkamah memutuskan hukuman pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Yasin (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Yasin (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Selain mengucapkan terima kasih atas sokongan rohani diberikan selama ini, Muhammad Yasin turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada orang ramai dan peminat yang memberi sokongan kewangan bagi membiayai tabung guamannya.

Jelasnya, dia tidak tahu bagaimana hendak membalas jasa dan budi yang telah diberikan.

"Memang berdebar debar, jadi saya banyak berdoa dan solat.

"Saya pasti akan kembali dalam industri dan sudah banyak lagu yang saya sediakan.

"Insya-ALLAH saya akan terbitkan lagu macam biasa dan sekali lagi hendak berterima kasih kepada seluruh pasukan peguam," ujarnya.

Yasin (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH
Yasin (tengah) ketika hadir ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Rabu. FOTO: SINAR HARIAN/ MOHD RAFIQ REDZUAN HAMZAH

Dalam pada itu, Yasin turut memohon maaf atas sakit bipolar yang dihadapinya menyebabkan dia terkasar bahasa dan bersikap pemarah selama ini kepada semua pihak termasuk ahli keluarga.

Ditanya mengenai keputusan mahkamah memutuskan dia perlu dibawa ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan, Perak, Muhammad Yasin berkata, dia menerima keputusan itu dan berterima kasih kepada Sultan Selangor kerana memperkenankan rawatannya di sana selepas ini.

"Sekarang ini saya perlu pergi kembali ke Tanjung Rambutan di bawah perkenan Sultan Selangor untuk sempurnakan rawatan bipolar saya di sana.

"Saya akan kekal di sana selama mana yang Tuanku Sultan tetapkan dan selepas itu (pulih), saya akan buat satu lagi permohonan perkenan untuk saya kembali ke kampung halaman," ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!